Monday, May 16, 2016

2 in 1 comforter

Fateh: jom mandi Qaliff
Qaliff : jom..

Menarik kreativiti anak-anak kecil ini. Dengan sebuah comforter yang berwarna biru laut ini boleh dibayangkan sebagai air sungai.
Di kala musim panas yang belum berakhir ini, agak menarik daya imaginasi mereka. Yelah kan, memang tak sempat petang-petang nak ke pantai. Pukul 6 baru mula teduh....Maghrib pula sudah semakin awal sekarang.

Okla, ummi harap imaginasi korang akan bertambah hebat dan berkambang lagi ya...hihi

Friday, May 6, 2016

Fenomena air jus Mangga di Pekan

Saya terjebak sudah..
Di kala musim panas ni, air sejuk memang menjadi kegilaan ramai orang. Betullah orang bijak pandai berkata, setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Musim kemarau ini mendatangkan rezeki kepada sesetengah orang, alhamdulillah.

Di bandar Pekan dan kawasan rumah saya, Taman Mentiga, peniaga air jus mangga bak cendawan tumbuh selepas hujan. Di kawasan taman saya sahaja ada 3 peniaga jus mangga.

Gambar di bawah adalah jus mangga yang paling hot di bandar Pekan. Ianya terletak berhadapan dengan Muzium Pekan. Memang tak menang tangan saya melihat penjual jus mangga dan pekerjanya menyediakan air jus mangga ini. Bagi saya yang lebih sukakan manis-manis buah, air mangga ini terlampau manis bagi saya, tetapi memang sangat juicy, memang  umpphh la..Tetapi air ini memang kena dengan selera suami saya yang memang kuat manisnya...

Harga untuk bekas yang besar seperti di bawah hanyalah RM3, memang berbaloi-baloi dengan kepekatan jusnya. Pada pendapat saya dari membeli air dari kiosk yang terkenal yang menjual pelbagai perasa air, air mangga ini jauh lebih bagus dengan khasiat vitamin C dan harga yang lebih murah. Dan semalam suami telah membeli 2kg buah mangga untuk dibuatkan jus. Oklah, bolehlah kami minum sampai pengsannnnn...hihi

Thursday, April 28, 2016

Baju kurung jahitan sendiri siap!

Alhamdulillah, saya berjaya menyiapkan baju kurung buatan tangan sendiri pada 26/4 yang lepas. Sekarang saya dalam proses membuat kainnya pula, cikgu Ros agak sibuk minggu ini dengan tempahan baju-baju untuk disiapkan dalam masa yang terdekat ini.

Saya berharap dapat berkongsi step by step untuk membuat baju kurung di entri yang akan datang. Buat baju kurung ini tidak sesukar mana tetapi agak renyah kerjanya.

Saya bercadang untuk membuat baju yang kedua selepas menyiapkan satu set baju kurung ini. Practise make perfect kan..So, saya akan terus berusaha dan berusaha...Doakan saya rajin dan baju saya cantik jahitannya juga...hihi


Saturday, April 23, 2016

Belajar menjahit....Stress!!

Saya sedikit ‘stress’ minggu ini, mesin jahit saya (sebenarnya milik abang saya), tidak menunjukkan prestasi yang bagus dalam erti kata lain ‘buat hal’. Jahitan di sebelah bawah tidak cantik dan menyakitkan mata saya memandangnya. Puas saya mencuba bermacam-macam cara memandangkan saya agak yakin saya masih mempunyai saki baki otak seorang ‘engineer’ (saya agak-agak je ni) . Tetapi segala percubaan saya masih belum berjaya.  Tanpa putus asa, saya meminta bantuan dengan MR.Google pula, saya tetap tidak berjaya. Akhirnya selepas dua hari saya berusaha, saya ‘surrender’, kejayaan memang belum lagi milik saya. Saya paham saya seorang ‘beginner’ dan kebarangkalian yang tinggi berpunca dari kekurangan skill saya sendiri kan. Saya pergi berjumpa dengan pakar jahitan aka kakak ipar saya yang dipanggal Ma (shortform for Mama). Setelah Ma ‘kelebek’ mesin jahit itu, dan pelbagai cubaan dibuat, maka dapatlah dirumuskan bahawa mesin jahit itu yang bermasalah, bukan saya. Alhamdulillah sedikit lega, tetapi agak frust tidak berjaya menyiapkan baju kurung seperti yang dirancangkan. Ma kemudian meng’offer’kan saya memakai mesin jahitnya, baikkan kakak ipar saya itu,(semoga Allah membalas jasamu Ma).

Rupa-rupanya masalah saya masih belum selesai, jahitan saya memerlukan jahitan tepi semula. Mesin jahit tepi Ma pula kehabisan benang, jadi kena tunggulah sampai benangnya smpai dahulu. Saya sempat menjahit satu bahagian kekek, TETAPI masalah lain pula timbul. Jahitan saya senget benget ok(malunya kat kak ipar). Puncanya adalah kerana jahitan tepi yang saya buat tidak ‘straight’.  So kesannnya terjadi bila ingin mencantumkan kain-kain tersebut. Susah nk dapatkan jahitan yang ‘straight’.  Ini sebenarnya berpunca dari cara saya memotong kain, kain yang saya potong agak kecil dari sepatutnya dan saya terpaksa berhati-hati dalam menjahit tepi agar kain saya tidak kecil dari size sebenarnya. Bila nak berhati-hati itu, terjadila senget benget itu. Oklah, saya memang tidak begitu berbakat dalam seni menjahit ini tetapi keinginan dan keazaman saya masih utuh bak Gunung Kinabalu. Doakan saya berjaya dalam seni menjahit,paling kurang pun dalam seni menjahit baju kurung pun jadilah.



Tuesday, March 29, 2016

Tentang Rezeki....

sumber: www.malaysiaplaces.me
Alhamdulillah, pagi ini menerima 'tazkirah' panjang melalui 'whatsapp' dari sahabatku, Nora yang manis lagi sopan santun. Tazkirah ini terkesan untuk saya, semoga bermanfaat untuk anda juga.....


Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat. Rupanya die menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan. Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan bersyukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian. Rupanya die begitu menikmati badai ujian dalam kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna. Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung. Ternyata dia selalu tunduk kepada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui. Ternyata aku yang kurang menikmati nikmat Allah.

Bahawa di satu sudut dunia yang lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Satu hal yang aku ketahui, bahawa Allah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya. Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat surata takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain. Mungkin aku tidak tahu di mana rezekiku. Tapi rezekiku tahu di mana diriku berada. Dari lautan biru, bumi dan gunung, Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.
Allah menjamin rezekiku, sejak aku dalam kandungan ibuku lagi.

Amatlah keliru bila bertawakal rezeki dimaknai dari hasil bekerja. Kerana bekerja adalah ibadah, sedang rezeki itu urusan-Nya…

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya, adalah kekeliruan berganda.

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, yang mungkin esok akan ditinggal mati. Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka, tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak kepada pekerjaan kita, Allah menaruh sekehendak-Nya. Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah, tapi air Zam-zam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan. Rezeki itu kejutan. Dan yang tidak boleh dilupakan, setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak, “Dari mana dan digunakan untuk apa?”

Kerana Rezeki hanyalah “hak pakai”, bukan “hak milik”….
Halalnya dihisab dan haramnya diazab. Maka aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Bila aku iri pada rezeki orang, sudah seharusnya juga iri pada takdir kematiannya.


Friday, March 25, 2016

Bermain dan belajar dengan Water Color

Suatu hari ketika saya mengemas beg sekolah Fateh, saya terjumpa beberapa helaian kertas aktivitinya. Saya pasti itu adalah kertas aktiviti menulis dan mewarna yang diberikan oleh cikgu di sekolah PASTInya. Saya memang tidak terkejut melihat hasil kerjanya yang tidak siap dan comot itu. Fateh memang belum minat mewarna dan menulis lagi. Saya tidak mahu memaksanya kerana saya percaya skill menulis dan mewarna akan muncul jua( insyaAllah).

Pada cuti penggal pertama yang lepas, alhamdulillah saya merajinkan diri melayan Fateh mewarna dan melukis. Saya tahu Fateh sukakan color water dan alhamdulillah die memang teruja melakukannya. Saya membuat garisan tulisan atau bentuk dengan pensel dan dia akan mengikutnya dengan color water. Saya harap dengan bermain water color ini akan melatih motor halus Fateh dan memudahkan dia menulis kelak,amin. Jom lihat hasil Fateh di bawah ini ya...Enjoy!

kusyuknya Fateh
hasil tangan Fateh....dan ummi:)

Fateh dan organ badannya

Fateh dalam fasa bertanya sekarang, dan macam-macam yang ditanya sampai penat ummi menjawabnya. Dan sejak kebelakangan ini Fateh begitu teruja tentang dunia alam rahim. Macam- macam dia tanya, smpaikan saya menjadi buntu untuk menjawabnya. Dan antara soalan yang paling 'menyentuh' perasaan saya apabila dia ingin menjadi kecil dan duduk dalam perut saya. Mungkin ini 'penangan' kelahiran sepupu barunya 2 minggu lepas.

Semalam pula dia sangat 'curious' apa yang ada dalam badan dia. Saya pun Google gambar organ dan tunjukkan kepadanya. Macam- macam ditanyanya, dan dia sangat teruja dengan rupa bentuk usus yang seperti kacang katanya. Selepas itu, dia pun mengadu," Ummi, Fateh sakit perut lah dekat usus". Ok, ummi sangat percaya Fateh☺.


Saya nampak dia masih lagi 'curious' dan saya menunjukkan video yang menunjukkan organ dalaman kita dalam bentuk realistik. Video itu juga menunjukkan saat kehamilan dan kelahiran seorang bayi. Alhamdulillah dia agak faham dan teruja melihatnya. Dan semestinya, ada sahaja soalan pelik darinya, "Ummi, masa Fateh duduk dalam perut Ummi, Fateh main ke jantung Ummi?".  Erkkk..Ummi hanya 'speechless' je lah nak...